suria

8/10 saja? Isteri jadi malu lepas tahu rating suaminya sebelum kahwin

SHELBY Harnden berkongsi semula status lama ketika awal perkenalan dengan suaminya di Facebook.

JIKA anda adalah individu yang lahir di era milenium, mungkin ada masih mengingati tindakan pelik di media sosial hanya kerana mahu menarik perhatian seseorang.

Salah satu 'permainan' yang pernah popular dalam kalangan remaja ketika era media sosial mula terkenal adalah status 'like for a rate'.

Sedekad lalu, Shelby Harnden pernah turut serta dalam permainan itu apabila dia memberanikan diri meninggalkan tanda suka di status lelaki yang diminati yang kini sudah pun bergelar suaminya.

Namun Harnden dihimpit perasaan malu apabila mengetahui pada ketika itu, Christian Harden hanya meletakkan rating 8/10 kepadanya.

Mengimbau semula kejadian itu di fungsi memori Facebook, Shelby Harnden berkongsi semula status berkenaan.

“Melihat semula status lama pastinya memalukan kerana dia sebenarnya tidak merasakan saya comel. Adakah dia masih rasakan saya masih 8/10?

“Ada sekali tu, saya memasak untuk makan malam dan dia minta mac dan cheese.

"Kemudian saya bergurau dengan berkata saya hanya buat untuk orang yang rasakan saya 10/10. Ia agak melucukan,” katanya yang kini sudah pun mengandung 11 minggu.

Christian juga menyatakan turut menyukai isterinya.

“Saya beri lapan kerana ketika itu saya berusia 15 tahun dan tidak mahu dia tahu yang dia sebenarnya sempurna dan boleh diberikan 10/10.

“Apabila dia tunjuk memori itu, saya terkejut kerana saya tahu dia pasti akan sentiasa ingat untuk beberapa bulan selepas ini,” kata Christian. Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain