suria

Pelik! Tandas pun boleh jadi 'syurga' buat orang Britain

Ramai kalangan rakyat Britain menjadikan bilik mandi untuk mencari ketenangan. — Agensi

SATU kajian menunjukkan bersarapan, menghirup teh dan membuat panggilan video dalam tab mandi menjadi antara perkara pelik yang dilakukan rakyat Britain ketika berada di bilik mandi.

Kajian terhadap 2,000 orang dewasa menunjukkan 42 peratus daripadanya menjadikan bilik mandi sebagai tempat untuk mencari ketenangan.

Hakikatnya, 55 peratus menghabiskan masa lebih lama berada di bilik mandi bagi membolehkan mereka menghayati masa untuk diri sendiri.

Jurucakap syarikat peruncitan DIY dan ubahsuai kediaman, B&Q yang ditugaskan untuk kajian ini menjelaskan bilik mandi tidak hanya berkisar kepada pancuran air dan tempat untuk membersihkan diri.

“Ia juga tempat yang kita akan sentiasa pergi ketika seseorang memerlukan masa untuk diri sendiri.

“Kami membantu pelanggan membina ruang yang sempurna dan pasukan kami sedia menghulurkan bantuan.

“Kami mahu warga Britain mendapatkan ruang yang sempurna untuk membolehkan mereka jadi dan lakukan apa yang diinginkan.”

Sebanyak 38 peratus daripada hasil kajian mendapatkan ramai orang memperoleh idea ketika mandi.

Satu per tiga daripadanya pernah melakukan sesuatu yang pelik ketika di bilik mandi seperti makan dan tidur namun semua kelakukan itu tidak didedahkan kepada umum.

Satu daripada enam menggambarkan bilik mandi sebagai ‘jantung rumah’ namun ada yang tidak menggemari dekorasi dengan 37 peratus bercadang untuk melakukan ubah suai.

Kajian juga mendapati koresponden lebih gemar menukar lantai, membesarkan ruang dan mengecat dengan warna yang kelihatan lebih segar. – Daily Star

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

tandas, pelik, britain, sarapan

Artikel Lain