suria

Berlari sambil 'bawa otak', pelari maraton mahu pecah rekod dunia

KOSTUM otak seberat 7 kg yang akan dikenakan Alford dibuat untuknya oleh dua orang rakannya. — AGENSI

SEORANG pelari maraton asal Britain berhasrat untuk memecahkan Rekod Dunia Guinness menerusi acara London Maraton pada 3 Oktober depan.

Pelari berkenaan Bryce Alford cuba untuk memecahkan rekod larian terpantas dengan mengenakan kostum otak manusia.

Dia kini dilihat sedang giat berlatih di sekitar Jersey, England dengan mengenakan kostum berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: 1.4 juta data peribadi individu ambil ujian Covid-19 dicuri

Pegawai Unit Polisi Perbandaran St. Helier juga memuat naik gambar di laman sosial Twitter besama dengan Alford ketika ditemui sedang menjalankan latihan di Jersey pada Selasa.

Katanya, kostum itu dirancang sebagai gambaran bagaimana perasaan orang yang mengalami kecederaan otak.

Jelasnya, dia akan menerima cabaran tahun ini dengan kostum otak seberat tujuh kilogram, yang dibuat oleh dua orang rakannya.

"Apa yang saya dengar berulang kali adalah mereka yang mengalami masalah mental merasa mereka terperangkap di dalam otak mereka sendiri.

"Jadi apabila saya mengenakan kostum berkenaan, orang ramai akan benar-benar melihat bagaimana rasanya jika mereka dapat membayangkan tekanan itu, dan apa rasanya hidup setiap hari, "katanya.

Alford yang juga merupakan Pengurus Pengumpul Dana sebuah badan amal kecederaan otak, Headway juga merupakan individu yang tidak asing dengan acara amal dan Rekod Dunia Guinness.

Sebelum ini Alford memecahkan Rekod Dunia Guinness adalah pada tahun 2003 dengan rekod larian 100 kilometer terpantas di atas treadmill. — UPI

Artikel Lain