suria

Hampir dua bulan hilang, detektif haiwan temukan semula anjing dengan tuan

MILO dilaporkan hilang pada Ogos lepas sebelum ditemui semula baru-baru ini. — Agensi

SELEPAS 59 hari berpisah dengan anjing kesayangan, seorang wanita dari Florida, Amerika Syarikat akhirnya disatukan semula dengan haiwan peliharaannya itu.

Wanita berkenaan, Anita Maharaj, sebelum itu kehilangan anjing jenis Yorkshire Terrier di rumahnya di Pantai Lake Worth pada Ogos.

ARTIKEL BERKAITAN: Angkara pandemik, lelaki ini tiga kali bertukar kerja demi survival hidup

ARTIKEL BERKAITAN: Haiwan peliharaan mati, pemilik dapat cuti bergaji

Difahamkan, anjing yang diberi nama Milo itu hilang selepas seorang pengawal keselamatan terlihat anjing itu keluar melalui pintu terbuka.

Menurut Maharaj, dia yang sangat sedih dengan kehilangan Milo kemudiannya mendapatkan khidmat detektif haiwan kesayangan, Jamie Katz untuk menjejaki anjing kesayangannya.

"Katz memberitahu saya yang dia akan cuba untuk menjejaki Milo," katanya.

Dalam proses pencarian, Katz memberitahu, dia mencari Milo dengan memuat naik iklan anjing hilang di sosial media, mengedar risalah serta menampal poster di sekitar kawasan kejiranan.

Katanya, ramai yang menyalurkan maklumat tetapi kebanyakkannya bertemu jalan buntu.

'Ada yang memberikan maklumat palsu kononnya anjing tersebut ada bersama mereka.

"Bagaimanapun, maklumat dari seorang wanita dari Pantai Palm Barat akhirnya membawa kepada penemuan Milo," katanya.

Tambahnya, wanita itu menemui Milo dan membawa anjing itu ke rumahnya.

Katanya lagi, kehilangan haiwan kesayangan adalah mimpi buruk buat pemilik.

Dengan kejayaan menemukan Milo, 67 peratus daripada keseluruhan kes haiwan hilang kendalian Kartz telah berjaya diselesaikan.— Upi.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Maharaj, anjing, hilang, detektif, 59 hari, milo,

Artikel Lain