suria

Tertelan 23 magnet, kanak-kanak perempuan hampir maut

MAGNET yang dijumpai dalam usus kanak-kanak malang berkenaan. — Agensi

GARA-GARA menonton video di TikTok, seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dari Lewes, Sussex, England berkemungkinan terpaksa menggunakan beg stoma untuk membuang najis sepanjang hidupnya selepas menelan 23 magnet baru-baru ini.

Pada mulanya, kanak-kanak itu dikatakan bermain dengan magnet tersebut di sekolah sebelum membawanya pulang ke rumah untuk membuat perhiasan bagi anak patung.

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak maut terjatuh di taman tema akibat kecuaian staf

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak sindrom down hiasi video di Times Square

Ujar ibu kanak-kanak itu, Tanith, magnet berkenaan digunakan untuk meniru tindikan lidah dalam video TikTok.

Selama beberapa hari, kanak-kanak tersebut dilaporkan telah memakan 23 magnet sehingga menyebabkan dia mengalami simptom dan terpaksa melakukan pembedahan segera bagi membuang objek berkenaan.

magnet

KANAK-KANAK malang terbabit ketika sedang dirawat di hospital. — Daily Star

Kanak-kanak terbabit mula mengadu sakit perut pada 12 September dan mengalami muntah-muntah selama dua hari.

Apabila keadaannya tidak bertambah baik, ibu bapanya membawa kanak-kanak itu ke hospital dan dia pada mulanya didapati mengalami apendiks.

Sewaktu pakar bedah melakukan pembedahan untuk membuang apendiks kanak-kanak tersebut, mereka menjumpai banyak magnet yang bercantum antara satu sama lain dalam ususnya.

Menurut perunding pediatrik, Costa Healy yang menjalankan pembedahan itu, magnet terbabit boleh menyebabkan kecederaan sepanjang hayat dan berpotensi membawa maut.

Kanak-kanak itu dibenarkan pulang ke rumah pada minggu lalu dan sedang berehat di rumah.

"Dia melalui pembedahan besar dan memiliki parut sepanjang 10 sentimeter.

"Tiada kecederaan kekal berlaku dan kami sedang meneliti kemungkinan dia memerlukan beg stoma," kata Tanith. — Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

magnet, TikTok, pembedahan, beg stoma

Artikel Lain