suria

Bos kartel dadah ditembak mati, keranda dipenuhi senjata ketika upacara pengebumian

Sejumlah senjata diletakkan dalam keranda si mati.

SEORANG ketua kartel dadah dikebumikan di bawah timbunan senjata dalam satu upacara pengebumian.

Manuel Julián Sevillano Bustamante, 39, didakwa merupakan ketua kumpulan dadah di Los Ríos, Ecuador.

Kumpulan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan satu kartel yang lebih besar.

Sevillano ditembak mati pada waktu siang Rabu lalu ketika berada di tempat cuci kereta bersama anak perempuannya, 20, dan seorang pengawal peribadi.

Polis mengesahkan bahawa anak perempuannya juga meninggal dunia selepas dikejarkan ke hospital di Quevedo.

Pada Khamis, tular video yang menunjukkan jasad Sevillano dalam keranda yang terbuka.

Anehnya, mereka yang berkumpul di sekeliling keranda dilihat meletakkan senjata di dalamnya, dari pistol kecil hingga senapang besar.

Keluarga Sevillano dilaporkan enggan membenarkan polis yang tiba di lokasi kejadian untuk membawa jasad ke bilik mayat.

Polis kemudian menjalankan rondaan di seluruh wilayah Mocache di Los Ríos, kerana bimbang kematiannya akan mencetuskan tindakan balas yang lebih ganas.

Sebagai peringatan, meletakkan barang-barang dalam keranda merupakan kepercayaan dan budaya tertentu, maka umat Islam dilarang melakukannya. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain