suria

Sebar video tendang budak 5 tahun, penunggang basikal menang saman terhadap bapa mangsa

Tangkap layar video penunggang basikal menendang seorang kanak-kanak perempuan.

SEORANG penunggang basikal memfailkan saman terhadap seorang lelaki, gara-gara menyebarkan rakaman dirinya berkelakuan biadab terhadap anaknya di media sosial.

Dalam rakaman semasa Hari Krismas 2020, penunggang basikal berasal dari Brussels, Belgium itu dirakam menendang seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun.

Penunggang basikal yang tidak didedahkan identitinya dikatakan tertendang kanak-kanak itu ketika melalui laluan bersalji di Baraque Michel, Belgium.

Memetik laporan portal Head Topics, bapa kanak-kanak itu, Patrick Mpasa sedang berjalan bersama keluarganya ketika insiden berlaku.

Dia secara tidak sengaja merakam kejadian itu dan memuat naik video tersebut di media sosial dengan mendakwa penunggang basikal berkenaan tidak meminta maaf.

Susulan itu, perkara tersebut dibawa ke mahkamah di mana penunggang basikal itu didapati bersalah dan perlu membayar pampasan sebanyak €1 (RM5) kepada Mpasa.

Setahun kemudian, penunggang basikal berkenaan pula menyaman Mpasa kerana didakwa menyebar fitnah sehingga menyebabkan dia mendapat kecaman teruk daripada orang ramai.

Selepas dua tahun proses perundangan, penunggang basikal itu memenangi tuntutan mahkamah.

Bagaimanapun, jumlah pampasan yang perlu dibayar Mpasa akan ditentukan pada April 2024.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan