VIDEO seekor cacing hidup sedang bergerak di dalam bungkusan ikan salmon meraih perhatian ramai selepas ia dikongsi oleh seorang wanita di aplikasi TikTok. Menerusi video itu, seekor cacing dilihat masih hidup dan bergerak meskipun ia dibalut dengan plastik yang menutupi ikan berkenaan. Menurut pelanggan yang dikenali sebagai Rachel Lyn, 34, dia menyedari kehadiran cacing itu ketika sedang membelek bungkusan salmon di sebuah pasar raya, baru-baru ini. ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa cacing dalam sardin, sebab belum gaji ibu terpaksa kutip satu persatu sebelum masak untuk anak Dia yang jijik melihat cacing hidup terus meletakkan semula bungkusan berkenaan dan membatalkan hasrat untuk membeli ikan salmon. Rachel dari Tasik Wylie di Carolina Selatan bukanlah pelanggan pertama yang menemui cacing dalam bungkusan salmon di pasar raya. Carian menerusi Google turut memaparkan banyak artikel mengenai pengalaman serupa yang dilalui pelanggan lain sebelum ini. - Daily Star. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube