SEORANG wanita sanggup menjual rumahnya demi membelanjakan sebanyak AS$14,000 (RM63,740) untuk menjalani pembedahan wajahnya. Susulan itu, katanya, orang ramai memaklumkan dia kini kelihatan 20 tahun lebih muda. Kelly Beasley, 50, memutuskan mahu menjalani prosedur kosmetik itu apabila dia menyedari penuaan pada wajahnya begitu pantas. Rakan-rakannya berbangga dengan penampilannya dan mendapat suntikan Botox sejak usianya lewat 20-an, termasuk filler 15 tahun lalu. Selepas penilitian, Kelly memilih untuk melakukan rawatan muka di Tijuana, Mexico, pada 14 Februari 2023. Dia yang menetap di Lake Tahoe, California di Amerika Syarikat menjual rumahnya sebagai 'jaminan' untuk perbelanjaan prosedur dan kini mengembara sepenuh masa. Kelly berkata, pembedahan itu mudah dan selepas dua minggu dia kini pulih sepenuhnya. Menurutnya, dia kini kelihatan lebih baik berbanding ketika usianya 30-an. - Daily Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube