GARA-GARA patah hati, seorang wanita nekad untuk tidak lagi membenarkan bekas teman lelakinya 'menikmati' hubungan seks. Kejadian bermula apabila pasangan itu mempunyai cara aneh untuk mengadakan hubungan intim iaitu dengan 'mengunci' alat sulit teman lelakinya menggunakan mangga kunci. Lelaki terbabit yang tidak didedahkan namanya membeli mangga kunci itu kira-kira lapan bulan lalu dan akan memakainya dari semasa ke semasa manakala teman wanita akan menyimpan kuncinya. Namun begitu, ketika hubungan romantis mereka menemui pengakhiran, teman wanitanya menghilangkan diri selama tiga bulan dan enggan memulangkan kunci berkenaan. Lelaki itu mencuba pelbagai ikhtiar untuk menanggalkan mangga kunci tersebut tetapi satu pun tidak berhasil. Lebih menggusarkan apabila mangga kunci itu kelihatan sudah berkarat kerana lelaki itu turut memakainya ketika mandi dan menyukarkan proses untuk membukanya walaupun setelah berjaya mendapatkan semula kunci. Risau dan buntu, lelaki itu cuba mencari khidmat nasihat pakar tatu, La Tuerta Piercer di Barcelona, Sepanyol bagi membantunya membuka mangga kunci itu. Pakar tatu itu yang dikenali sebagai Piercer berkongsikan video kunjungan lelaki itu ke premisnya di akaun TikTok miliknya yang mempunyai pengikut seramai 600,000 orang. Piercer berkata kes ini agak rumit untuk ditanganinya dan dia perlu memerah otak untuk mencari jalan penyelesaian. "Mangga kunci ini sudah sangat berkarat. Untuk membukanya, kami menggunakan tukul untuk memukul mangga kunci itu sehinga ia tertanggal. "Kami memukul mangga kunci itu dengan berhati-hati supaya ia tidak mencederakan alat sulit lelaki ini," ujar Piercer sambil berbual dengan rakan sekerjanya yang dipanggil Alex. - Daily Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!