SEORANG ibu tergamak menyerahkan anak perempuannya berusia 13 tahun menjadi pemuas nafsu kepada kenalan lelakinya selepas dijanjikan sebuah motosikal. Siasatan mendapati wanita yang berusia 41 tahun dijanjikan motosikal itu oleh suspek juga berumur 41 tahun yang merupakan pengetua sekolah. Kejadian berlaku Sumenep di Jawa Timur, Indonesia. "Dia (ibu mangsa) dijanjikan dibelikan vespa. Dia juga menjalinkan hubungan sulit dengan suspek," kata Pegawai Perhubungan Awam Polis Sumenep, AKP Widiart dipetik sebagai berkata dalam DetikJatim. Kejadian rogol itu dikatakan berlaku berulang kali. Kes tersebut terbongkar selepas bapa mangsa, yang sudah berpisah dengan isterinya mendapat tahu mengenai anaknya mengalami trauma psikiatri akibat dijadikan mangsa seksual. Susulan itu, bapa mangsa membuat laporan polis pada 26 Ogos lalu. Kes kini dalam siasatan, dan ibu mangsa serta suspek rogol ditahan untuk pendakwaan. Sebagai peringatan, perbuatan merogol dan cabul adalah salah di sisi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya. -Agensi Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube