suria

Cedera tertusuk objek tajam ketika dirempuh lori, penunggang motosikal terpaksa jalani pembedahan buang zakar

Mereka yang cacat akibat kemalangan berdepan kesukaran untuk menerima hakikat dan meneruskan kehidupan. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki meraih perhatian ramai selepas dia berkongsi kisahnya yang kehilangan alat sulit akibat kemalangan jalan raya.

Menerusi perkongsian di platform Reddit, lelaki itu berkata dia mengalami kecederaan parah selepas motosikal dinaiknya dirempuh oleh sebuah lori, kira-kira empat tahun lalu.

"Motosikal itu rosak teruk dan benda tajam yang menikam paha dan mengoyak alat sulit saya.

"Doktor melakukan pembedahan namun alat sulit saya mengalami jangkitan seminggu kemudian.

"Alat sulit saya terpaksa dibuang. Saya juga nyaris maut," ujar lelaki berusia 33 tahun itu.

Tahun pertama selepas kemalangan itu benar-benar menguji mental dan emosi sehingga dia terfikir untuk berpisah dengan isterinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Zakar tegang hingga sakit melampau, lelaki dituduh lakukan gangguan seksual

"Mental saya sangat teruk dan saya banyak menyediri pada tahun pertama kemalangan. Saya tak rasa seperti seorang lelaki.

"Kalau boleh, saya juga enggan teruskan perkahwinan, saya rasa tak boleh nak tengok isteri saya. Saya tertekan untuk terima hakikat ini," ceritanya lagi.

Menjawab soalan netizen, lelaki itu berkata dia masih mempunyai keinginan seks meski pun sudah tidak memiliki alat sulit.

Malah katanya, dia juga masih boleh mengalami ejakulasi, namun ia berlaku dalam cara yang tidak normal.

Rata-rata pengguna Reddit dilihat menitipkan kata-kata semangat buat pemuda itu atas kecekalannya meneruskan kehidupan selepas kemalangan berkenaan. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain