suria

Bimbang tak dapat harta pusaka, doktor tergamak racun teman lelaki ibu

Kwan ditangkap selepas dia cuba membunuh teman lelaki ibunya. - Foto The Independent UK

OBSES terhadap wang mendorong seorang doktor meracun teman lelaki ibunya dengan dos penggalak Covid-19 palsu.

Thomas Kwan, 53, mengakui merancang cubaan membunuh Patrik O'Hara, 72 dengan menyamar sebagai jururawat masyarakat sebelum meracun pasangan ibunya itu.

Doktor berasal dari Hong Kong itu menyamar sebagai jururawat bernama Raj Patel dan kemudian menipu O'Hara untuk mempercayai bahawa warga emas itu perlu menerima suntikan Covid semasa lawatan ke rumah.

Kwan dirakam menerusi CCTV ketika hari kejadian. - Foto The Independent UK

Kwan dirakam menerusi CCTV ketika hari kejadian. - Foto The Independent UK

Kwan pada mulanya menafikan cubaan membunuh, sebelum menukar pengakuan di Mahkamah Newcastle Crown, United Kingdom (UK) selepas kes itu didedahkaan kepada umum.

Menurut pendakwa raya Peter Makepeace KC, O'Hara mengalami kesakitan yang teruk dan gejala yang membimbangkan selepas menerima suntikan itu.

Dalam beberapa hari, dia dimasukkan ke hospital sehingga sebahagian lengannya terpaksa dipotong.

ARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan 23 tahun musnah... Doktor curang didakwa bunuh isteri, letak racun dalam minuman

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita jamu anak tiri minum kopi campur racun tikus! Mangsa umur 11 tahun menggelupur atas lantai

Kwan yang dianggap obses dengan wang, melihat O'Hara sebagai penghalang kepada harta pusaka ibunya.

Ia berikutan tindakan ibunya yang menulis wasiat yang membenarkan O'Hara tinggal di rumahnya jika dia meninggal dunia.

O'Hara terselamat daripada cubaan untuk membunuhnya.

Kwan pula dijadualkan untuk dijatuhkan hukuman minggu depan, sementara mahkamah menilai sejauh mana dia membahayakan orang ramai. - Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain