suria

Gara-gara kecuaian kakitangan hospital, dua bayi tertukar... Bapa tuntut pampasan RM25,843

Beberapa insiden tertukar bayi kerana kecuaian kakitangan hospital pernah dilaporkan berlaku sebelum ini. -Gambar hiasan

SEORANG bapa kecewa apabila mendapat tahu bayi perempuannya yang baru dilahirkan telah tertukar dengan bayi lain, kerana kecuaian pihak hospital.

Insiden berkenaan berlaku di sebuah hospital di Samut Sakhon, Thailand.

Bapa itu menyedari perkara berkenaan apabila bayi perempuannya yang dibawa ke unit rawatan rapi akibat masalah pernafasan, kelihatan berbeza berbanding gambar yang diambil sebelumnya.

Dia kemudian meminta pihak hospital melakukan ujian darah dan DNA.

Sangkaan bapa tersebut tepat apabila keputusan ujian mendedahkan bahawa anak perempuannya sememangnya tertukar dengan bayi lain.

Pihak hospital mengakui kesilapan tersebut dan membuat permohonan maaf, selain menawarkan untuk menanggung kos perubatan khas.

Kesal dengan kejadian tersebut, bapa bayi berkenaan menuntut pampasan berjumlah 200,000 baht (kira-kira RM25,843) daripada pihak hospital. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain