suria

Warga emas tak sedar miliki 3 alat sulit, situasi luar biasa hanya diketahui selepas meninggal dunia

Penemuan luar biasa itu hanya diketahui selepas lelaki berkenaan meninggal dunia. - Gambar hiasan

SEORANG lelaki dikesan menjadi individu kedua di dunia yang direkodkan memiliki tiga zakar.

Penemuan itu diketahui selepas dia meninggal dunia dan mewasiatkan jasadnya kepada sebuah sekolah perubatan.

Menurut laporan Metro.co.uk, warga emas berusia 78 tahun itu dikesan memiliki tiga kemaluan selepas pelajar Sekolah Perubatan Universiti Birmingham di United Kingdom (UK) menjalankan pembedahan.

Sepanjang hidupnya, warga British tersebut tidak pernah menyedari bahawa dia bukan hanya mempunyai satu, tetapi tiga kemaluan.

Menurut doktor di sekolah perubatan itu, satu daripada setiap lima atau enam juta orang dilahirkan dengan lebih daripada satu zakar, dan terdapat lebih 100 kes diphallia (dua zakar) yang direkodkan di seluruh dunia.

Ujarnya, pembedahan yang dijalankan menunjukkan bahawa hanya satu daripada tiga zakar lelaki tersebut berfungsi, sementara dua yang lain terperangkap dalam kulit kantung skrotum, sekali gus menjelaskan mengapa warga emas itu mungkin tidak menyedari dirinya mempunyai tiga kemaluan.

Lelaki tersebut mempunyai ketinggian sekitar enam kaki dengan tubuh sederhana, serta pemeriksaan awal terhadap alat kelaminnya kelihatan normal.

Penyelidik di Journal of Medical Case Reports dalam artikel mereka menulis mengenai situasi luar biasa morfologi zakar ini mungkin tidak dikenal pasti oleh seseorang semasa hayatnya.

Mereka juga menulis bahawa satu-satunya kes triphallia (tiga zakar) lain yang direkodkan berlaku pada 2020, apabila seorang bayi tanpa nama berusia tiga bulan didapati menghidap situasi sedemikian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain