suria

Sempat berlegar-legar sebelum nahas… Pesawat dalam latihan terhempas, 2 disahkan maut

Dua individu disahkan terkorban dalam nahas itu. -Gambar hiasan

DUA individu terkorban manakala seorang lagi cedera parah selepas sebuah pesawat enjin tunggal milik Civil Air Patrol terhempas di lereng Gunung Storm, Colorado, pada Sabtu.

Gabenor Colorado, Jared Polis, mengesahkan identiti dua mangsa yang maut sebagai juruterbang Susan Wolber dan jurugambar udara, Jay Rhoten.

Kedua-duanya adalah sukarelawan Civil Air Patrol.

Mangsa yang cedera pula dikenal pasti sebagai Randall Settergren yang bertugas sebagai pembantu juruterbang.

Mangsa dibawa turun dari kawasan nahas dan dihantar ke hospital menggunakan helikopter perubatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat terhempas di hutan, 5 individu disahkan maut... Penumpang usia 6 tahun mangsa paling muda

Namun, keadaannya terkini mangsa masih belum diketahui.

Pesawat Cessna 172 itu dilaporkan terhempas sekitar tengah hari ketika kru sedang menjalani latihan mencari dan menyelamat.

Rakaman di lokasi menunjukkan serpihan berselerak dengan bahagian hadapan dan sayap pesawat terpisah sepenuhnya.

Data penerbangan menunjukkan pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Wilayah Colorado Utara dan sempat berlegar beberapa kali di kawasan itu sebelum terhempas.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) kini sedang menyiasat punca nahas. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain