SEBUAH pesawat kecil yang membawa enam individu terhempas di tenggara ibu negara Costa Rica, San Jose pada Isnin, mengorbankan lima nyawa, menurut pasaukan Palang Merah. Seorang lagi mangsa wanita berusia 31 tahun dilaporkan berada dalam keadaan kritikal. Pesawat jenis Cessna 206 Stationair itu terhempas berhampiran gunung Pico Blanco pada waktu tengah hari, selepas terputus komunikasi dan lenyap dari radar. Pasukan mencari dan menyelamat menemui bangkai pesawat di lereng gunung dan tiba di lokasi kejadian selepas beberapa jam berusaha mengakses kawasan curam yang dikelilingi hutan. ARTIKEL BERKAITAN: Tak sempat mendarat, pesawat terhempas kira-kira 1.5 kilometer dari landasan... Seorang kru terbunuh Pesawat tersebut, yang berlepas dari Tortuguero, dijadualkan mendarat di lapangan terbang Tobias Bolanos, di timur San Jose. Namun, disebabkan cuaca buruk, ia terpaksa mengubah laluan ke lapangan terbang Juan Santamaria. Laporan rasmi mengenai punca nahas masih belum dikeluarkan. Menurut laporan tempatan, semua penumpang pesawat tersebut berasal dari Costa Rica dan bekerja dalam syarikat pelancongan. - Agensi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube