suria

Bapa durjana! Tergamak rogol anak kandung hingga hamil, alasan mahu ‘test’ dara

Seorang bapa tergamak merogol anak kandung. -Gambar hiasan

SEORANG bapa berusia 36 tahun ditahan polis kerana merogol anak kandungnya sehingga hamil.

Lebih mengejutkan, pelaku melakukan perbuatan itu kerana ingin menguji status dara anaknya.

Kejadian berlaku di Lampung Selatan di Sumatera, Indonesia.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Lampung Selatan, AKP Dhedi Ardi Putra berkata, suspek ditahan selepas menerima laporan daripada keluarganya.

"Kes ini terbongkar selepas pihak sekolah curiga dengan perubahan pada badan mangsa. Seterusnya guru menjalankan ujian ke atas semua pelajar perempuan, daripada ujian ini mendapati mangsa hamil," kata Dhedi mengesahkan perkara itu, pada Selasa.

Menurut Dhedi, pihak sekolah kemudian menghubungi keluarga mangsa untuk melaporkan kejadian itu kepada polis.

"Dari situ, guru mangsa menghubungi ibunya memaklumkan keadaan mangsa. Keluarga kemudian meminta maklumat dan mangsa mengaku bapanya merogolnya," katanya.

Berdasarkan keterangan mangsa, kata Dhedi, pihak keluarga melaporkan perbuatan pelaku hingga akhirnya membawa kepada penahannya pada Selasa minggu lalu.

Hasil pemeriksaan mendapati suspek melakukan perbuatan ini buat pertama kali pada Mei 2024 dan berlanjutan sehingga tiga kali.

Suspek mendakwa dia merogol anak kandungnya adalah kerana dia di bawah pengaruh alkohol.

Sebagai peringatan, perbuatan merogol adalah salah di sisi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain