suria

Pelanggan berdepan detik cemas cubaan rompak bank... Lelaki guna pistol mainan ‘dinosaur’

Seorang lelali cuba merompak sebuah bank. Foto Douyin

SEORANG perompak menjadi perhatian apabila cuba merompak sebuah bank menggunakan pistol air berbentuk dinosaur.

Bagaimanapun, lelaki berusia 30-an itu bagaimanapun ditahan oleh seorang bekas tentera.

Pada 10 Februari lalu, lelaki berkenaan memasuki sebuah bank di Gijang-gun, Busan di Korea Selatan, memakai selendang dan topi, lapor saluran berita Hankook Ilbo.

Lelaki itu membawa beg travel kemudian mengeluarkan beg plastik hitam, dan mengangkatnya sebagai isyarat bahawa dia bersenjata, dan menjerit dengan kuat: "Tunjuk!"

Ketika itu, terdapat kira-kira tujuh staf dan beberapa pelanggan di kaunter bank, dengan pelanggan yang terkejut mula menjerit dalam keadaan panik.

Dia kemudian menyekat pintu masuk, mendekati kaunter, menggulung begnya, dan meminta staf untuk mengisinya dengan wang kertas 50,000 won Korea (USD34) atau RM150 sekeping, iaitu not wang kertas tertinggi negara itu.

Polis menemukan pistol mainan berbentuk dinosaur di dalam beg plastik milik perompak itu. Foto Douyin

Namun, dia kemudian diberkas apabila seorang pelanggan lelaki berusia 53 tahun meluru ke arahnya dari belakang, sambil dibantu oleh beberapa staf.Dia ditangkap hanya dua minit selepas memasuki bank tersebut.

Polis terkejut sebaik membuka beg plastik hitam yang dibawa, apabila mendapati di dalamnya bukan pistol, sebaliknya pistol air mainan berbentuk dinosaur.

Seorang pegawai bank berkata: “Orang ramai mungkin menganggapnya lucu kerana pistol air berada di dalam beg plastik berkenaan, tetapi situasinya sangat serius dan mencemaskan ketika itu, menyebabkan staf dan pelanggan berasa takut.”

Menurut polis, perompak itu menghadapi masalah kewangan dan sudah menganggur selama lima tahun.

Selain hanya membawa senjata mainan, 'perompak' tersebut juga tidak mempunyai kenderaan atau pelan lain untuk melarikan diri. -Agensi

Artikel Lain