PESHAWAR: Dua anggota polis berpangkat konstabel dan seorang pegawai wanita terbunuh manakala lima lagi cedera dalam satu serangan bom yang menjadikan sebuah mahkamah sebagai sasaran di barat laut Pakistan pada Selasa, demikian menurut pihak polis."Letupan adalah berpunca daripada serangan bom. Dua konstabel polis termasuk seorang polis wanita terbunuh manakala dua antara lima orang yang tercedera adalah anggota polis," beritahu Ketua Polis Daerah Nowshera, Quresih Khan.-AFP