PARIS: Pengarah Urusan Tabung Matawang Antarabangsa (IMF) Dominique Strauss-Kahn sememangnya dikenali sebagai seorang "mata keranjang" tetapi tuduhan serangan seksual yang dilakukan terhadapnya merupakan perkara yang serius, demikian menurut seorang bekas ahli kabinet Perancis,Elisabeth Guigou pada Rabu."Sememangnya benar Strauss-Khan mempunyai reputasi sebagai seorang yang suka bermain cinta malah dianggap juga seorang mata keranjang," kata Guigou yang merupakan bekas Menteri Perundangan semasa Strauss-Kahn menjadi Menteri Kewangan Perancis pada tahun 1990-an. "Semua orang tahu tentang perkara itu," kata Guigo kepada RTL radio.Guigou merupakan ahli pembangkang dari Parti Sosialis yang pertama memberi komen secara terbuka tentang reputasi Strauss-Kahn."Namun reputasi "mata keranjang" dan tuduhan serangan seksual yang dihadapinya kini adalah dua perkara yang sangat berbeza dan perkara tersebut harus ditangani dengan tegas," tambah beliau.Sebelum penahanan Staruss-Kahn di New York di atas dakwaan serangan seksual yang dilakukannya ke atas seorang pekerja hotel, dakwaan mengenai salah lakunya telah lama diperkatakan di kalangan media dan dunia politik Perancis namun pihak akhbar jarang menyiasat tentang perkara tersebut.Ahli politik dari parti pembankang menegaskan bahawa Strauss-Kahn mempunyai hak untuk dianggap tidak bersalah.Beliau sebelum ini dianggap sebagai pencabar paling kuat kepada Presiden Nicolas Sarkozy di dalam pilihan raya presiden yang akan dijalankan tahun hadapan.- AFP