CHICAGO: Oprah Winfrey meraikan episod terakhir rancangan bual bicara beliau pada Selasa bersama selebriti jemputan seperti Tom Hanks, Tom Cruise dan Madonna - yang dijemput ke studio tanpa pengetahuannya.Rakaman itu telah dibuat di Stadium Chicago yang sesak dipenuhi ramai penonton dan peminat rancangan beliau. "Dia merupakan seorang wanita yang bekerja keras dan berjaya dalam kariernya sepanjang lebih 25 tahun ini dan dia sememangnya hebat," kata penyanyi Madonna di hadapan kira-kira 13,000 penonton.Rancangan yang dirakamkan semalam adalah untuk disiarkan pada 23 dan 24 Mei ini adalah merupakan satu kejutan besar kerana Oprah sendiri tidak mengetahui tentang siapakah yang bakal hadir untuk rakaman itu.Kandungan episod terakhir rancangan bual bicara berusia 25 tahun itu yang dinamakan i>Oprah Winfrey Show masih dirahsiakan dan akan ke udara pada 25 Mei."Program kamu merupakan satu kejutan kepada satu bentuk seni," kata Hanks kepada Winfrey."Hari ini kamu dikelilingi kasih sayang dan kita berada di sini kerana studio kamu tidak cukup besar untuk menampungnya," kata Hanks di stadium yang menjadi lokasi perlawanan bola keranjang dan konsert besar ini.Madonna kemudian naik ke atas pentas dan memuji Winfrey di atas kecekalan beliau."Semua tahu yang Oprah telah memberi inspirasi kepada jutaan orang dan saya merupakan salah seorang daripadanya."Dia berjuang dalam pegangannya walaupun perkara itu membuatkan dia tidak digemari sesetengah pihak namun saya telah belajar banyak perkara daripadanya," beritahu Madonna.Tom Cruise pula berkata bahawa adalah satu penghargaan kepada dirinya kerana telah dijemput muncul di dalam rancangan Winfrey sebanyak 12 kali sejak tahun 1988 lagi."Kamu nampak seperti seorang kanak-kanak berusia sepuluh tahun pada masa itu," seloroh Oprah apabila mengimbau kembali kemunculan pertama Cruise di dalam rancangan beliau."Oprah Winfrey, disebabkan kamu, wanita seluruh dunia lebih memahami siapa mereka sebenarnya dan kita boleh menakluki dunia!" kata penyanyi R&B, Beyonce yang membuat kemunculan dengan menyanyikan sebuah lagu dan mempersembahkan tarian.Rancangan itu juga menjemput pelakon handalan Halle Berry dan pelakon komedi Queen Latifah.Josh Groban dan Patti LaBelle pula mendendangkan lagu bertajuk Somewhere Over the Rainbow manakala bintang komedi Tina Fey dan Steve Carrel muncul dalam rakaman video penghargaan untuk Oprah.Oprah yang merupakan selebriti televisyen wanita paling berpengaruh di Amerika Syarikat akan mengakhiri siaran musim terakhirnya untuk stesen ABC yang berpusat di Chicago bagi menumpukan perhatian sepenuhnya kepada rangkaian televisyen miliknya sendiri yang telah dilancarkan pada Januari lalu.- Reuters