BEIRUT: Tentera Syria mengebom sebuah pekan di wilayah tengah Homs menggunakan meriam pada Isnin dan mengakibatkan seramai empat orang tentera terkorban.Kejadian berlaku sehari selepas sembilan orang terbunuh di dalam satu operasi anti pemberontakan yang dilakukan di ibu negara Syria ini. Ahli Jawatankuasa Penyelerasan Tempatan Syria yang membantu menganjur bantahan itu berkata pekan Tabliseh dibom pada awal Isnin.Pihak tentera Syria sejak Ahad menggunakan kereta kebal untuk menjalankan operasi tersebut di Tabliseh dan pekan berdekatan, Rastan Teir Maaleh.Sebuah agensi berita di Syria mengatakan selain empat askar yang terbunuh, 14 lagi cedera di dalam serangan itu.Serangan terbaru yang melibatkan badan ketenteraan itu memperlihatkan kesungguhan Presiden Bashar Assad untuk menghapuskan pemberontakan yang telah berlaku selama dua bulan walaupun beliau menerima tekanan dari Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah.Pemberontakan yang bermula pada petengahan Mac itu memberi cabaran yang paling hebat terhadap kepimpinan pemerintahan keluarga Assad selama sepanjang 40 tahun ini.Bantahan yang bermula sebagai sebuah pergerakan menuntut perubahan telah bertukar menjadi satu pemberontakan meminta pengunduran Assad.Kumpulan hak asasi manusia mendakwa lebih dari 1,000 orang terbunuh di dalam operasi yang dilakukan kerajaan Syria itu.Seorang aktivis hak asasi manusia, Mustaffa Osso berkata pihak tentera telah memasuki beberapa buah pekan di wilayah Homs dan telah menahan beratus penduduk sejak Ahad manakala serangan bersenjata api telah dilakukan sejak malam Ahad dekat pekan Rastan dan Tabliseh.Penduduk-penduduk dalam pekan-pekan di wilayah Homs melakukan bantahan anti rejim sejak tercetusnya pemberontakan.Bantahan-bantahan semakin banyak berlaku kebelakangan ini dengan penduduk-penduduk berkumpul di jalanan sepanjang hari meminta pemerintahan rejim dihapuskan, demikian menurut seorang aktivis. -AP