suria

Ditahan Tiru Tandatangan Presiden Afghanistan

KABUL: Agensi perisikan Afghanistan menahan seorang lelaki pada Rabu kerana didapati bersalah meniru tandatangan beberapa pegawai terkemuka di negara itu termasuk Presiden Karzai, kata seorang pihak berkuasa.

Jurucakap Lembaga Kebangsaan bagi Keselamatan Afghanistan (NDS) Lutfullah Mashal berkata, lelaki tersebut dikenali sebagai Abdul Waris alias Ashina, ditahan di Jalalabad yang terletak di timur Afghanistan dengan beberapa dokumen palsu termasuk lesen untuk memiliki senjata api.

“Ashina mampu meniru tandatangan Presiden, Menteri Pertahanan, Ketua Jabatan lalu lintas, dan beberapa pegawai lagi dengan menggunakan komputer,” katanya. –AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan