PARIS: Wanita pertama Perancis, Carla Bruni-Sarkozy selamat melahirkan anak perempuan iaitu bayi pertama untuk presiden yang memerintah bagi era moden Perancis, lapor media negara berkenaan.Presiden Nicolas Sarkozy yang menghadiri mesyuarat di Frankfurt berkaitan krisis hutang euro tidak sempat berada bersama isterinya ketika bayi pasangan pertama mereka dilahirkan sebelum jam 8 malam waktu tempatan. Beliau tiba di klinik persendirian Muette pada kira-kira jam 11 malam. Radio Europe 1 melaporkan kelahiran itu "berjalan dengan baik" untuk ibu berusia 43 tahun itu, seorang penyanyi dan bekas supermodel. -AP