TRIPOLI: Pembebasan Libya akan diumumkan pada Sabtu di bandar Benghazi yang sering dirujuk sebagai tempat bermulanya revolusi yang menggulingkan Muammar Gaddafi dan bukannya di ibu negara Tripoli, lapor beberapa pegawai.Pengerusi Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), Mustafa Abdel Jalil akan membuat pengumuman itu, kata seorang pegawai NTC. “Keputusan telah diambil dan akan diumumkan di Benghazi,” katanya.Pilihan sama ada bandar Benghazi atau Tripoli sebagai lokasi bagi pengumuman itu menjadi perdebatan dan spekulasi sejak Gaddafi dibunuh Khamis lalu. – REUTERS