suria

'Muhammad Ali' Kemboja Bertarung Untuk Kanak-Kanak Miskin

PHNOM PENH: Sekali pandang, mungkin kelas tinju ini kelihatan seperti kelas tinju biasa namun sebenarnya pelajarnya adalah terdiri daripada golongan kanak-kanak jalanan termiskin dan jurulatihnya pula adalah seorang peninju kebangsaan terkenal.

Gelak tawa bergema di pusat komuniti kecil dekat pinggir bandar Phnom Penh dengan seramai 20

kanak-kanak berumur daripada tiga hingga 14 tahun cuba mempelajari sepakan kanan berkuasa yang membantu peninju, Eh Phuthong memenangi hampir 200 kejuaraan.

Kini telah bersara selepas hampir dua dekad di gelanggang, Eh yang pernah hidup miskin berkata beliau berharap dapat menurunkan skil tinjunya yang dapat memeberi anak-anak muda di kejiranannya sebuah kehidupan yang lebih baik.

"Mereka merupakan anak-anak miskin malah sesetangahnya adalah anak yatim. Saya menunjukkan mereka seni bertarung supaya mereka boleh mempertahankan diri mereka," kata lelaki berusia 38 tahun itu selepas sesi latihan.

"Saya juga menyruh mereka supaya kekal sihat, bersekolah dan jauhi dadah."

Lelaki yang kelihatan gagah itu menjadi perhatian dan dipandang tinggi kalangan anak-anak jalanan di pusat yang dibiayai oleh Australian charity Child Wise.

"Bayangkan anda mendapat juara dunia, Muhammad Ali mengajar anda sukan tinju, begitulah perasaan anak-anak ini yang belajar daripada hero negaranya," kata pengurus projek tersebut, Barb Eason.

Menurut Eason, aktiviti kebiasaan di sini adalah ilmu yang dicari-cari, meningkatkan keyakinan diri juga mengajar mereka disiplin dan keselamatan sendiri," kata wanita itu.

Eason memuji Eh kerana berjaya meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak miskin tersebut dan berkata Eh dapat menyentuh hati kanak-kanak yang sudah biasa berdikari itu bukan hanya kerana beliau popular tetapi kerana beliau berkongsi cerita dan pengalamannya. -AFP

Artikel Sebelum

Polis Maut Serangan Di Papua

Artikel Berikut

Gempa Bumi Gegar Kepulauan Tonga

Artikel Lain