TIMIKA (Indonesia): Seorang anggota polis ditembak mati pada Isnin dalam serangan keganasan terbaru di wilayah Papua, kata polis.Ketua Polis bandar Mulia, Dominggus Awes berada di lapangan terbang tempatan apabila dua lelaki mula memukul, merampas senjata dan menembak Awes menggunakannya, kata jurucakap polis, Wachyono. "Penyerang memukul mangsa, mengambil pistol dan menembaknya di leher dan muka dan peluru terkena hidungnya. Mangsa dibawa ke hospital kemudian meninggal dunia akibat kecederaan dialami," katanya.Polis menyalahkan kejadian tersebut kepada puak pemisah wilayah tersebut yang kebanyakannya terdiri daripada penduduk miskin yang bersenjata yang telah berusaha berpisah dengan Indonesia sejak beberapa dekad lalu."Kami masih mengesan penyerang dan percaya mereka merupakan kumpulan pemisah yang cuba mencuri senjata daripada anggota keselamatan untuk kegunaan mereka sendiri," katanya.Indonesia dituduh membuat keganasan dan pencabulan hak asasi manusia di Papua di dalam tangan pihak polis dan tentera.Jakarta menafikan kesemua tuduhan tersebut namun enggan membenarkan media antarabangsa atau pasukan bantuan untuk membuat pertanyaan bebas mengenai dakwaan tersebut. -AFP