suria

Paras Air Naik Lagi Di Bangkok

BANGKOK: Ibu negara Thailand dijangka sekali lagi akan ditenggelami air pada Ahad disebabkan paras air yang naik di beberapa kawasan pinggir bandar utara Bangkok dan pasukan tentera sedang giat berusaha menyelamatkan dua zon perindustrian utama daripada tenggelam.

Langkah-langkah untuk mengalih arah air banjir dari utara bandar ke Teluk Thailand dilihat berkesan namun kemungkinan hujan lebat yang akan memenuhi terusan terus membimbangkan penduduk.

Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra berkata pihak berkuasa sedang berusaha sedaya upaya untuk mengatasinya dan membantu mangsa banjir.

"Air banjir datang dari beberapa kawasan berlainan dan menuju ke arah yang sama. Kami sedang cuba membina dinding, malah akan ada impak di Bangkok namun kami tidak tahu akibatnya," beritahu Yingluck kepada pemberita.

Banjir yang berlaku merupakan yang terburuk dalam setengah abad dan memberi kesan kepada saru pertiga penduduk Thailand sejak minggu lalu. -REUTERS

Artikel Sebelum

Polis Maut Serangan Di Papua

Artikel Berikut

Gempa Bumi Gegar Kepulauan Tonga

Artikel Lain