suria

Angka Korban Gempa Turki Dijangka Meningkat

ERCIS (Turki): Pasukan penyelamat pada Isnin meneruskan usaha mencari mangsa gempa bumi dahsyat yang mengorbankan sekurang-kurangnya 217 mangsa di timur Turki dengan ramai lagi yang dijangka masih terperangkap dalam runtuhan banggunan.

Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan bergegas ke wilayah Van di mana berlakunya gempa bumi berukuran 7.2 magnitud pada Isnin dan memberi maran bahawa jumlah korban mungkin meningkat dengan lebih banyak mangsa dijumpai dalam banggunan yang telah runtuh.

Menteri Dalam Negeri, Idris Naim Sahin berkata 100 orang telah meninggal dunia di bandar Van, 117 di daerah Ercis dengan 1,090 yang lain tercedera dalam bencana gempa bumi yang terburuk di negara ni dalam beberapa tahun.

Menurut beliau, lebih kurang 80 banggunan bertingkat runtuh di Ercis dengan kerosakan dilihat paling teruk setakat ini.

Television footage showed search and rescue teams recovering bodies from the rubble in Van and Ercis, working under floodlights powered by generators.

Beratus ribu penduduk dilihat duduk di luar rumah pada waktu malam dengan mengelilingi api untuk memanaskan badan.

Turki mengerah 1,275 anggota pasukan mencari dan menyelamat daripada 38 buah bandar jua sebanyak 145 ambulans untuk mempercepatkan usaha menyelamatkan mangsa. -AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain