BUENOS AIRES: Cristina Fernandez dipilih semula memegang jawatan Presiden Argentina selepas meraih kemenangan besar dengan jumlah undi terbesar dalam sejarah berikutan rakyat tertarik dengan langkah untuk meningkatkan ekonomi negara berkenaan.Fernandez meraih 53 peratus undi selepas 24 peratus pusat mengundi membuat pengiraan undi seluruh negara manakala pencabar terdekat hanya mendapat 17 peratus. Ribuan penyokong pemimpin popular itu membanjiri tempat bersejarah Plaza de Mayo bergembira dan mengibarkan bendera bagi meraikan kemenangan Fernandez. - AP