suria

Masalah Enjin: Pesawat Qantas Ubah Haluan Ke UAE

SYDNEY: Sebuah pesawat milik syarikat Australia yang masih bergelut dengan masalah dalaman, Qantas, pada Jumaat terpaksa mengubah haluan ke Dubai selepas mengalami masalah enjin, menurut jurucakap syarikat itu.

Pesawat superjumbo A380 bagi penerbangan 31 dari Singapura ke London yang membawa 258 penumpang, empat juruterbang, 21 krew kabin mendarat di Emeriyah Arab Bersatu (UAE) awal pagi Jumaat selepas mengalami masalah terbabit.

"QF31 dari Singapura ke London mengubah haluan ke Dubai pagi tadi berikutan masalah yang dihadapi pada enjin nombor empatnya." katanya. - AFP

Artikel Lain