suria

Asteroid Dijangka Berlegar Antara Bumi, Bulan Selasa Depan

CAPE CANAVERAL: Asteroid pada saiz lebih besar daripada pesawat pengangkut dijangka berlegar antara bumi dan bulan, Selasa depan.

Ia juga adalah penemuan asteroid pada saiz besar dan terdekat yang dikesan berdekatan bumi dalam tempoh 35 tahun.

Bagaimanapun, saintis berkata, orang ramai tidak perlu bimbang kerana ia tidak akan jatuh ke bumi.

Katanya, saintis sentiasa memantau putaran perlahan asteroid yang dikesan sejak 2005.

Dianggarkan asteroid berkenaan berlegar dalam lingkungan 325,000 kilometer dari bumi pada sebelah petang Selasa depan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain