JINAN (China): Kira-kira 50 wakil media utama dari negara-negara Asean, China, Jepun dan Korea, akan mengadakan pertemuan di sini pada Selasa untuk merangka strategi bagi bekerjasama sebagai "satu suara" demi manfaat rantau Asia.Pertemuan itu, Keempat 10+3 Forum Kerjasama Media, dianjurkan oleh akhbar kebangsaan terbesar dan berpengaruh China, People’s Daily. Para peserta media akan membincangkan cara-cara meningkatkan suara media Asia sebagai sebagai satu di peringkat dunia, menurut penganjur itu.Mereka juga akan membincangkan untuk mengukuhkan kerjasama media dalam rangka kerja 10+3 (10 negara anggota Asean campur China, Jepun dan Korea Selatan) untuk mempromosikan persefahaman dan amanah bersama.Penganjur itu menyatakan bahawa media dari rantau timur Asia hendaklah mempelajari daripada sesama mereka dan menyelaras untuk mengukuhkkan suara bukan hanya mengenai liputan hal ehwal Asia tetapi juga hal ehwal antarabangsa.Ini boleh “menjadikan suara Asia lebih lantang di arena antarabangsa dan menyumbang ke arah keamanan, kemakmuran dan keharmonian Asia,” tambahnya.Wakil media itu juga akan diberi taklimat mengenai perkembangan terkini kerjasama rantau China-Asean dalam ekonomi dan perdagangan terutamanya yang membabitkan Wilayah Shandong.Mereka juga akan menyentuh perkembangan pesat media baru dan komunikasi baru yang kini menjadi cabaran kepada masa depan media tradisional di kebanyakan bahagian Asia.Selain Bandaraya Jinan yang terletak di selatan Beijing, para peserta juga akan dibawa ke Bandaraya Zibo dan Bandaraya pantai Qingdao, untuk melawat beberapa zon pembangunan industri berteknologi tinggi dan industri tembikar.Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi Bernama, Datuk Zakaria Abdul Wahab dan Timbalan Ketua Pengarang Sin Chew Daily, Tay Tian Yan mewakili Malaysia pada forum sehari itu. - BERNAMA