suria

10 Maut Dalam Pertembungan Bas, Trak Di Vietnam

HANOI: Polis mengesahkan bahawa 10 individu terkorban manakala 19 yang lain cedera apabila sebuah trak bertembung dengan sebuah bas di bahagian tengah Vietnam.

Seorang pegawai polis berkata, kejadian yang berlaku di wilayah Binh Thuan pada pagi Isnin mengakibatkan lapan maut di tempat kejadian manakala dua lagi meninggalkan dunia di hospital.

Kedua-dua kenderaan tersebut terbakar dan pihak berkuasa mengambil masa lebih daripada sejam untuk memadamkan api.

Pegawai polis terbabit yang tidak mahu dikenali juga memberitahu, mereka masih tidak dapat memastikan sama ada semua mangsa yang terlibat adalah penumpang trak atau tidak.

Punca kemalangan juga masih disiasat.

Lebih daripada 11,000 orang akan menemui ajal akibat kemalangan jalan raya setiap tahun di Vietnam. -AP

Artikel Lain