suria

Jumlah Kematian Mangsa Kebakaran Pusat Jagaan Orang Tua Kini Mencecah 9

SYDNEY: Seorang lagi mangsa yang terselamat dalam kebakaran di sebuah pusat jagaan orang tua meninggal dunia pada Selasa, menjadikan jumlah keseluruhan kepada sembilan orang.

Polis mengesahkan mangsa terbaru sebagai seorang wanita berusia 90 tahun, Neeltje Valkay manakala mangsa kelapan, Doris Becke, 96, meninggal dunia pada malam Isnin.

Kedua-dua mereka meninggal dunia di hospital di mana lapan lagi warga emas sedang dirawat kerana melecur dan juga kerana sakit yang disebabkan terhidu asap tebal.

Kebakaran tersebut berlaku pada Jumaat lalu, dan polis percaya ia dilakukan oleh seorang jururawat lelaki yang bertugas di pusat jagaan tersebut.

Jururawat itu, Roger Dean, 35, telah pun didakwa atas pelbagai tuduhan menyebabkan kematian. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

3,000 Polis Australia Adakan Protes

Artikel Lain