LONDON: Bahrain telah melantikan bekas Ketua Scotland Yard Britain, John Yates dan bekas Ketua Polis Miami, Amerika Syarikat, John Timoney sebagai konsultan untuk melaksanakan transformasi ke atas jabatan polisnya yang terjejas teruk akibat penyalahgunaan kuasa ketika gerakan menentang pemerintah Mac lalu.Akhbar Britain, Daily Telegraph melaporkan, Raja Hamad telah meminta bantuan Yates, yang baru sahaja melepaskan jawatannya sebagai ketua polis metropolitan Julai lalu ekoran skandal pengodaman telefon bimbit yang melibatkan wartawan-wartawan akhbar News of The World baru-baru ini. Yates dan Timoney ditugaskan untuk memodenkan pasukan polis Bahrain dan meletakkan garis panduan baru bagaimana hendak berhadapan dengan gerakan hak asasi kemanusiaan.Raja Hamad telah melantik sebuah suruhanjaya khas untuk menyiasat dakwaan penyalahgunaan kuasa polis termasuklah mendera dan memukul para penunjuk perasaan yang tangkap dan ditahan.Timoney pula berkhidmat selama tujuh tahun sebagai ketua polis Miami. Sebelum itu beliau juga pernah bertugas di Jabatan Polis Philadelphia dan New York.