LAHORE: Sekurang-kurangnya 19 orang awam cedera dalam satu letupan bom kecil yang menggegar sebuah pasar di Lahore, timur Pakistan pada Khamis.Pegawai polis berkata, bom dengan kekuatan rendah itu mensasarkan pasar buah-buahan di kawasan sesak di bandar berkenaan. Pasar tersebut sentiasa dipenuhi orang ramai yang ingin membeli buah-buahan sebagai juadah berbuka di bulan Ramadan.“Satu peranti yang diletakkan di tempat letak kereta dan satu lagi di bawah pedati (kenderaan mengangkut barang) itu meletup apabila orang ramai sedang membeli buah-buahan selepas waktu berbuka pada sebelah petang,” kata pegawai pentadbiran, Noorul Amin Mengal."Kira-kira 19 orang cedera dalam letupan itu," katanya.Pegawai penyelamat berkata, semua yang tercedera adalah lelaki dan mereka dikejarkan ke hospital berdekatan dengan segera.