MIAMI: Ribut tropika Ernesto mengancam Barbados sehingga meletakkan beberapa kawasan dalam keadaan berjaga-jaga ketika merentasi Atlantik dengan kelajuan angin 85 kilometer (km) sejam.Ribut itu berpusat pada 130km timur Barbados dan 295km timur St Lucia, lapor Pusat Taufan Kebangsaan yang berpangkalan di Miami. Difahamkan, amaran ribut kencang itu turut dikeluarkan di Barbados, St Vincent, Dominica, St Lucia, Martinique dan Guadeloupe.Ernesto yang terbentuk pada Khamis hasil tekanan tropika, menjadi ribut tropika kelima pada musim taufan yang bermula sejak 1 Jun hingga 30 November ini.Ribut tersebut dijangka berterusan dalam tempoh beberapa hari akan datang.