suria

Adik Michael Jackson Dakwa Wasiat Abangnya Palsu

LOS ANGELES: Selepas lebih tiga tahun kematian raja pop, Michael Jackson, adik bongsunya, Randy Jackson masih mempersoalkan kesahihan wasiat yang ditinggalkan abangnya itu.

Menerusi laman sosial Twitter dan stesen kabel TV, Randy mendakwa dokumen lima muka surat yang ditandatangani Michael pada 2002 adalah palsu.

Randy bagaimanapun belum lagi meneruskan dakwaannya itu di mahkamah.

Menurut pakar undang-undang, Randy akan berdepan dengan pelbagai halangan untuk membuktikan kebenaran wasiat serta menyingkirkan individu yang dilantik menguruskan semua aset abangnya itu.

Dalam satu surat, Randy dan tiga lagi ahli keluarganya meminta individu yang menguruskan aset Michael berundur kerana mendakwa wasiat itu adalah palsu.

Surat itu menyebut ahli keluarga Michael terkejut kerana selepas kematian penyanyi itu, hanya emak Michael, Katherine Jackson dan tiga anak Michael iaitu Prince, 15, Paris, 14, dan Blanket, 10, menerima pegangan dalam asetnya.

Artikel Sebelum

Ribut Ernesto Ancam Barbados

Artikel Lain