IN AMENAS: Kira-kira 12 mayat yang berada di rumah mayat Hospital In Amenas, Algeria adalah warga Jepun.Perkara itu didedahkan oleh satu sumber selepas kerajaan Tokyo mengeluarkan kenyataan bahawa nasib 10 rakyat negara itu masih tidak dapat dipastikan. Sumber itu tidak memberitahu butiran mengenai identiti mangsa lain susulan serangan pemberontak bersenjata di kompleks gas di sini"Kami dalam proses mengumpul maklumat," menurut sumber.Di Tokyo, firma kejuruteraan Jepun berkata, 10 pekerja warga Jepun dan tujuh lagi pekerja asing dilaporkan masih gagal dikesan.Sementara itu, dua rakyat Algeria yang terselamat dari serangan itu berkata, sembilan pekerja Jepun terbunuh semasa dikepung pemberontak, empat hari lalu.