suria

Bateri Terbakar Dalam Pesawat Japan Airlines Tidak Dicas Berlebihan

WASHINGTON: Bateri yang ditemui terbakar dalam pesawat Boeing 787, milik Japan Airlines di Boston, awal bulan ini disahkan tidak dicas berlebihan.

Sebaliknya, penyiasat kerajaan berkata, terdapat beberapa masalah dengan wayar atau komponen pengecas.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) memberitahu satu ujian dalam perakam data pesawat menunjukkan bahawa bateri tersebut tidak dicas melebihi voltan ditetapkan.

Pegawai penyiasat NTSB sedang meneliti sistem bateri itu.

Mereka merancang untuk bertemu dengan beberapa pegawai dari syarikat pembuatan bateri tersebut iaitu Securaplane Technologies Inc. di Ibu Pejabat syarikat itu di Tuscon, Arizona pada Selasa.

"Kemungkinan besar berlaku masalah lain melibatkan sistem pengecas tersebut," kata jurucakap penyiasat NTSB, Kelly Nantel.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain