SANTIAGO (Chile): Sekurang-kurangnya enam maut berikutan gempa bumi berukuran 8.2 magnitud menggegarkan pantai utara Chile pada Selasa.
Gempa bumi itu menyebabkan ombak tsunami setinggi lebih dua meter melanda persisiran pantai Chile.
Ramai penduduk panik dengan berlari keluar ke jalan-jalan, dengan lebih 900,000 orang di sepanjang pantai Chile mengikut perintah kerajaan untuk berpindah dan mendapatkan perlindungan di kawasan lebih tinggi.