> Mangsa dikenali sebagai Andrew Bush, jutawan emas Britain berusia 48 tahun > Ditemui mati ditembak di kepala di kediaman resort peribadinya di Estepona, Costa del Sol, Sepanyol > Polis kini sedang mencari bekas kekasihnya berasal dari Timur Eropah > Adalah dipercayai, pembunuh menunggu ketibaannya > Selepas menembak mati jutawan tersebut, pembunuhnya melarikan diri dengan kereta Hummer milik mangsa BEKAS teman wanita peniaga emas British sedang diburu oleh polis selepas jutawan itu dibunuh di vilanya di Sepanyol. Pengarah syarikat, Andrew Bush, 48, ditembak dua kali di kepala, sebaik sahaja dia tiba di rumah percutian tepi pantai dengan teman wanita British barunya. Polis Sepanyol kini sedang mencari wanita Timur Eropah berambut perang dalam lingkungan usia 20 tahun, dipercayai bekas kekasihnya Bush. Bush, dari Bristol, difahamkan telah ditembak ketika dia dan teman wanita Britishnya kembali ke vila di Costa del Sol selepas bercuti bersama-sama. Suspek dipercayai telah melarikan diri dari tempat kejadian menggunakan kereta jenis Hummer milik Bush. Sumber yang rapat dengan penyiasatan itu berkata polis sedang mempertimbangkan sama ada bekas rakannya yang berasal dari Slovakia berada di hartanah kepunyaannya berhampiran Estepona ketika Bush ditembak. Mereka percaya suspek telah menunggu pasangan itu kembali, mungkin selama beberapa hari. Satu sumber berkata: "Kes sedang dianggap sebagai kes pembunuhan dan polis memburu bekas teman wanita lelaki yang ditembak mati itu". Bush, yang memiliki rangkaian kedai barang kemas, mempunyai sebuah rumah di South Wales tetapi menghabiskan banyak masa di vila lima bilik tidur yang disewanya di Cancelada yang terletak di antara Estepona dan San Pedro de Alcantara. Semalam, polis telah mengambil kereta-kereta mewahnya termasuk Porsche dan Ferrari dari lokasi tersebut. Kereta jenis Audi, dipercayai digunakan oleh suspek juga telah diambil. Teman wanita baru Bush, yang tidak dinamakan tetapi berusia dalam lingkungan 20-an, dikatakan telah memberitahu para penyiasat, ketika mereka tiba di villa itu pada jam 2 pagi Sabtu, bekas kekasih mangsa telah membuka pintu. Dia menghubungi polis selepas dihalang masuk dan melihat suspek itu memecut keluar menggunakan kereta Hummer milik Bush. Dia tidak mempunyai kunci untuk masuk. Polis dan pasukan bomba yang tiba kemudian memanjat masuk ke dalam bangunan dan mereka menemui mayat Bush terbaring berlumuran darah dengan sepucuk pistol di sebelahnya. Adalah disyaki suspek adalah seorang model warga Slovakia. Beberapa gambar di Facebook menunjukkan Bush memeluk seorang model berambut perang, bernama Mayka Marica Kukucova, gadis Slovakia yang dipercayai bekas teman wanitanya itu. Jiran yang tidak mahu namanya disiarkan berkata: "Dia dan Andrew berpindah ke vila itu bersama-sama hampir dua tahun lalu." Teman wanita Inggerisnya hanya muncul baru-baru ini di tempat kejadian.