suria

Keputusan Hukuman 700 Penyokong Morsi Pada Isnin

KAHERAH: Hakim yang bertanggungjawab menjatuhkan hukuman mati kepada ratusan pengikut bekas presiden negara itu, Mohamed Morsi bulan lalu dijangka akan mengeluarkan keputusan terhadap 700 baki tahanan pada Isnin.

Hukuman gantung sampai mati dijangka akan dijatuhi oleh hakim kepada tahanan termasuk pemimpin Ikhwan Muslimin.

Hukuman yang dianggap sebagai kejam itu akan dikeluarkan oleh mahkamah di selatan Wilayah Minya.

Ia juga didakwa telah dipengaruhi oleh kerajaan tentera yang menggulingkan Morsi sebelum ini.

Hakim terbabit, Said Yousef Sabry sebelum ini menjatuhkan hukuman mati kepada 529 pengikut Morsi dan kesemua mereka digantung sampai mati pada hari sama.

Lebih 1,000 tahanan tersebut dikenakan hukaman mati kerana didakwa menyebabkan kematian terhadap dan cubaan membunuh anggota polis ketika rusuhan di Minya pada 14 Ogos lalu.


Mesir, Kaherah

Artikel Lain