suria

Dua Maut Puting Beliung Melanda Oklahoma

Gambar Hiasan

WASHINGTON: Bencana puting beliung yang melanda Oklahoma menyebabkan sekurang-kurangnya dua terbunuh, manakala beberapa bangunan musnah dan mengalami kerosakan.

Pihak berkuasa juga meramal lebih banyak puting beliung akan melanda daerah itu dalam masa terdekat.

Puting beliung di bandar Quapaw adalah antara beberapa yang dicetus ribut besar yang bergerak dari bahagian tengah barat ke selatan Amerika Syarikat.

“Beberapa rumah dan bangunan rosak, manakala sebilangan pula musnah," kata pegawai Agensi Pengurusan Kecemasan Oklahoma, Keli Cain.

Beliau berkata, sebuah balai bomba musnah dan berlaku kerosakan di bahagian utara bandar itu.

Bagaimanapun, setakat ini, tiada butiran lanjut berhubung dua mangsa yang terbunuh itu.

puting beliung, Oklahoma, maut, bangunan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain