suria

Letupan Bom Berani Mati Di Baghdad, Tiga Polis Maut

Pasukan keselamatan di Baghdad beratur bagi membuat undian awal menjelang pilihan raya pada Rabu. Pusat pengundian menjadi sasaran pengebom berani mati sehingga mengakibatkan kematian tiga anggota polis dan tujuh lagi cedera di bandar Tuz Khurmatu di utara Baghdad. Foto AP

KIRKUK (Iraq): Satu letupan yang dilakukan oleh seorang pengebom berani mati dengan mensasarkan pusat pengundian di Tuz Khurmatu utara Baghdad pada Isnin mengorbankan tiga anggota polis dan mencederakan tujuh yang lain, kata datuk bandar itu.

Serangan itu berlaku sejurus selepas seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya sendiri di sebuah pusat pengundian di Baghdad, yang mengakibatkan lima orang terbunuh dan tujuh yang lain.

Kejadian pertama berlaku ketika pasukan keselamatan sedang membuang undi awal mereka menjelang pilihan raya pada Rabu. - AFP

pengebom berani mati, letupan

Artikel Lain