suria

Gadis Maut Akibat Letupan Bom Keretapi

CHENNAI, India: Seorang gadis maut selepas dua biji bom yang diletakkan di atas sebuah keretapi di sini meletup pada Rabu.

Selain mangsa berusia 22 tahun itu, dua lagi cedera parah manakala tujuh penumpang lain mengalami kecederaan ringan.

Ketika Kejadian keretapi dari Banglore dalam perjalanan lewat malam ke Chennai.

Kejadian tersebut dipercayai berkaitan dengan pilihan raya umum  di negara itu.

"Sekurang-kurangnya dua penumpang mengalami kecederaan parah manakala tujuh cedera ringan dalam letupan ini," kata pengawai kanan stesen keretapi tersebut kepada pemberita.


Chennai, Banglore, India

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain