suria

Penunjuk Perasaan Anti China Bakar Kilang

Gambar pada Ahad lalu menunjukkan sekumpulan penunjuk perasaan anti-China mengadakan bantahan di Ho Chi Minh, Vietnam. Foto AFP

HANOI: Sekumpulan penunjuk perasaan anti-China mencetuskan keganasan apabila membakar beberapa pejabat dan kilang milik China di kawasan perindustrian di selatan Vietnam, kata pihak berkuasa pada Rabu.

Rusuhan yang luar biasa di Vietnam itu berlaku pada Selasa apabila beribu-ribu pekerja mengadakan bantahan terhadap penempatan kapal penggerudi minyak dari Beijing di kawasan perairan yang dipertikaikan. 

Para penunjuk perasaan menyasarkan syarikat-syarikat perkilangan yang dimiliki atau diuruskan oleh negara China, mengakibatkan tiga kilang dibakar, kata Vietnam Singapore Industrial Park dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, tiada kematian dilaporkan.

Laporan di laman media sosial Vietnam dan blog-blog kumpulan penentang mencadangkan supaya keganasan itu dilakukan secara meluas. - AFP



anti-china, bakar kilang

Artikel Lain