suria

Anggota Polis Putus Telinga Digigit Suspek

SEORANG lelaki dipenjara selama lapan tahun selepas didapati bersalah mengigit telinga seorang anggota polis sehingga putus di London.

Dalam kejadian itu, suspek, Rex Gardner, 43, (gambar bawah) dikatakan telah membuat panggilan 999 sebelum rumahnya di datangi polis.

Bagaimanapun sebaik sahaja Konstabel Steve Fisher dan rakannya Daniel Gildersleve tiba di rumah Gardner, suspek tiba-tiba mengamuk.

Anggota Polis dan suspek kemudian bertengkar dan ia menaikkan kemarahan Gardner.

Suspek secara tiba-tiba menyerang dan mengigit telinga  Fisher sehingga putus.

Sehubungan itu, pasukan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai provokasi yang mencederakan anggotanya.

London

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain